Dalam beberapa minggu yang lepas, aku terima beberapa komen yang sama bertanyakan perihal DSLR. Apa DSLR yang terbaik untuk dimiliki pada harga yang berpatutan? Maksud mereka disitu mungkin DSLR entir-level. Malah rakan-rakan sekelas juga bertanyakan perihal yang sama. Okay so pada post kali ini aku akan listkan beberapa DSLR entri-level yang pada dasarnya sesuai untuk mereka2 yang baru menjerumus ke dalam dunia fotografi SLR. Terdapat pelbagai jenama berbeza mengeluarkan model-model untuk amatur. Namun jenama apakah yang bagus dan harus dimiliki? Pada dasarnya ia bermula dari kemahuan diri anda sendiri kerana yang akan mengunakan kamera itu adalah diri anda sendiri, jenama apa yang anda guna bergantung kepada keselesaan pengunaan anda.
Ada beberapa Jenama SLR yang terkenal yang mengeluarkan kamera yang berkualiti seperti
Nikon |
Canon |
Pentax |
Ada banyak lagi jenama-jenama terkemuka yang menghasilkan kamera yang berkualiti namun senarai ini adalah diantara yang paling popular.
Aku akan listkan model-model bersertakan harga bagi setiap jenama. Dan pada akhir entri ini aku akan bagi personal opinion bagi setiap model-model tersebut.
1)NIKON D3100
- 14 Megapixel CMOS sensor
- 3-inch LCD display with 230,000 pixels
- 11-point AF system
- Burst mode: 3 frames per second
- Records video at 1920 x 1080 (24 or 30 fps) with sound and full-time autofocus
- HDMI output
- SD/SDHC/SDXC memory card slot
- Uses EN-EL14 li-ion battery (550 shots per charge)
- Autofocus available with AF-S lenses
- Live view capabilities
- Face detection
- Auto Scene Selector
- ISO range of 100 – 3200
- Menu has step-by-side assistance when taking photos in different situations
- Edit videos inside the camera
Harga pasaran terkini untuk model NIKON D3100 adalah dalam lingkungan RM2,xxx~RM1,9xx. Mengapa model ini menjadi pilihan untuk amatur SLR? Kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri spesifikasi yang dikatakan mampu menandingi model-model terdahulu dan model pro yang dikeluarkan oleh Nikon. Model ini juga adalah penganti model NIKON D3000 dimana ia adalah diantara model terlaris pada tahun 2009. Dilengkapi dengan 14.0 megapixels,CMOS sensor. Diantara model yang dilengkapi dengan megapixel tinggi diantara model-model nikon yang lain sperti D90, D300, D700 dan model2 Nikon terdahulu.
NIKON D3100 juga adalah SLR pertama yang paling ringan dan juga paling kecil pernah dicatatkan berbanding SLR-SLR yang lain. Apa berbeza diantara model D3000 dan D3100? Pertama, perbezaan megapixel sensor iaitu 10 Megapixels bagi D3000 dan 14 megapixels bagi D3100. Kedua, D3000 tidak dilengkapi dengan Live-View mode dan D3100 telah di tambah dengan fungsi ini. Ketiga, D3000 tidak dilengkapi dengan mod rakaman video, manakala D3100 telah ditambah fungsi ini. Ini adalah diantara perbezaan terbesar yang ada pada D3000 dan D3100.
Namun apakah kelemahan yang ada pada model D3100 ini? Ada namun tidak banyak tetapi kelemahan terbesar bagi model ini adalah ia tidak dilengkapi dengan motor auto focus didalam kamera. Apa maksudnya? Bermaksud model ini memerlukan LENS yang dilengkapi dengan motor dalaman, AF-S lens. Lens Nikkor yang tidak bertulis AF-S tidak akan auto fokus pada model ini. Ia masih lagi boleh dipasang namun anda harus fokus secara manual. Contoh AF-S lens dan AF lens
Nikkor AF lens
Nikkkor AF-S Lens
Ia bergantung kepada anda adakah anda memerlukan auto-fokus itu atau tidak. Anda masih lagi boleh mengunakan fungsi auto fokus ini namun anda perlu memiliki lens AF-S yang nilainya hampir dua kali ganda daripada AF lens. Secara kasarnya ini bukanlah satu isu yang besar kerana anda masih lagi boleh fokus secara manual mengunakan lens AF dahulu dan dapatkan lens AF-S bila sudah berkemampuan. Antara model-model yang memerlukan lens AF-S untuk auto fokus selain D3100 adalah, D3000, D5000, D5100, D40 dan model-model entri level nikon yang lain.
Jika anda mempunyai budget lebih dari RM2,xxx ke atas maka anda juga boleh memilih model-model nikon yang lebih cangih dari D3100 seperti D5100 ataupun D90.
NIKON D5100 |
CANON 550D |
Berharga dalam lingkungan RM2,2xx.
CANON 500D Berharga dalam lingkungan RM2,xxx |
CANON 1100D |
Berharga dalam lingkungan RM1,9xx
CANON 1000D Berharga dalam lingkungan RM1,6xx |
Kesemua model-model diatas adalah line up untuk entri level SLR daripada Canon. Kelebihan model diatas ini, kesemuanya mempunyai in-built motor dalaman, bermaksud kesemua lens mount canon akan mempunyai fungsi auto fokus. Dan kebanyakkan lens-lens dari canon harga jauh lebih murah berbanding Nikon namun kualiti binaan nya tidak sama. Anda boleh bandingkan nya sendiri apabila anda memegang ia sendiri.
Secara kesimpulannya, sama ada canon atau nikon ia bergantung kepada kehendak anda sendiri. Jenama lain juga berkualiti dan bagus namun kedua-dua jenama yang aku sebutkn diatas ni adalah diantara jenama yang laris dipasaran. bermaksud asessori dan barang gantian mudah didapati dan harga jauh lebih murah berbanding jenama-jenama kamera lain yang dimana barang2 gantian yang susah didapati.
Dan bagi mereka yang sudah memiliki SLR jenama lain, jangan pula anda berasa resah dan pelik kerana jarang orang gunakan. SLR jenama lain juga mempunyai barang2 gantian 3rd Party bermaksud barang2 yang dihasilkan oleh syarikat lain digunakan untuk kamera jenama tersebut. dan yang paling penting sekali, walaupun jenama kamera anda pelik atau berlainan, yang penting ia boleh dan berkemampuan untuk merakamkan gambar. betul kan?
Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan kamera SLR diatas,anda boleh tinggalkan komen dan aku akan cube untuk membalas dengan jawapan yang terbaik. till the next post. cheers =D
Saya ingin berminat untuk membeli kamera dslr namun pengetahuan saya tentang kamera dslr adalah zero.. Boleh cadangkan kpd saya jenama dan model yang berpatutan untuk saya..
ReplyDelete