Okay, sperti yang dijanjikan pada post yang lepas aku akan postkan entri pasal asas-asas pengunaan DSLR aite? So here it is, Tadaah. =D
Owh sebelum tu, aku akan volume kan siri ni mengunakan header diatas, tapi masih lagi under tajuk besar What Does An Art Student DO the Series bagi memudahkan korang untuk browse antara tajuk ke tajuk.
Apa yang aku tulis kt bawah ni semuanya dari ayat aku sendiri, x percaya? up to u lah nk percaya ke x nk tapi yang penting aku ikhlas menulis nk membantu. So dekat sejam gak aku mengarang ayat2 nih, lama dh tak menulis penulisan dalam bahasa melayu. sori kalau ade tersilap tatabahase ke or whatsoeverlah. So rujukan yang aku guna semestinya dari YouTube dan juga Buku Manual DSRL. Aku xde la tiru bulat2, ringkasan tu ade la kot. So anyways, here it goes
Memahami Fungsi dan Asas-asas pengunaan kamera DSLR/SLR
Sebelum kita meneruskan tutorial ini, apakah itu DSLR? Digital SLR atau SLR pada awalnya, bermaksud 'Single-Lens Reflex'. Ia adalah sebuah kamera yang mengunakan mekanisem khas dimana pengunaan cermin dan juga pentaprisim khas yang letakan di dalam kamera untuk mengalirkan sumber cahaya ke viewfinder kamera anda. Secara kasar, cahaya yang dialirkan dari cermin ke pentaprisim ke viewfinder kamera adalah sama jarak dengan apa yang anda lihat dengan mata anda sendiri. Selain itu DSLR juga berkebolehan untuk menukar lensa hadapan kamera mengikut kehendak dan juga situasi yang berbeza. Ini yang membezakan Kamera 'Point & Shoot' dan juga DSLR.
(Kamera DSLR)
(Kamera Point & Shoot)
-Kita beralih ke topik asal. Ada 3 asas utama yang perlu difahami dan dikuasai dalam pengunaan kamera DSLR, iaitu
1) Aperture
2) Shutter Speed
3) ISO
3 asas utama ini sering berkait rapat antara satu sama lain dimana setiap fungsi-fungsi tersebut memainkan peranan masing-masing didalam kamera DSLR anda. Saya akan terangkan secara terperinci bagi setiap asas-asas tersebut.
1)Aperture
- Aperture atau juga dimaksudkan pada pembukaan ruang rongga lensa kamera(Saiz pembukaan lensa). Aperture dibaca pada ukuran f-stop contoh f/1.8 atau f 5.6 .Semakin besar nilai aperture atau f (contoh f/22), semakin mengecil ruang rongga lensa. Semakin kecil nilai f semakin besar ruang pembukaan lensa (contoh f/1.8).
Apa fungsi nilai-nilai aperture ini? Semakin besar ruang pembukaan lensa maka lebih banyak cahaya akan memasuki ke sensor kamera anda dan semakin kecil maka kurang cahaya yang memasuki kamera anda.
Seringkali disalah anggap jika nilai f-stop tinggi maka ruang pembukaan lens menjadi besar (contoh f/22). Harus di ingati bahawa lebih rendah nilai f-stop maka lebih luas pembukaan lensa. Apakah kesan dari pengunaan Nilai Aperture ini? Iaitu Depth of Field, ini akan diterangkan lebih lanjut pada post akan datang.
Lihat pada nilai f-stop pada setiap lens diatas. Bagaimana perbezaan nilai tersebut berfungsi
2)Shutter Speed
-Penerangan secara kasar, Shutter Speed ialah jumlah masa atau saat pembukaan shutter di dalam DSLR anda. Untuk lebih mudah, Shutter Speed adalah waktu dimana sensor kamera anda menerima cahaya/melihat subjek setelah Shutter kamera dibuka. Durasi shutter kamera dibuka apabila setelah anda menekan butang trigger dikamera.
Baca shutter speed didalam kamera anda adalah seperti berikut, contoh 1/500, 1/15, 1’5, 3’ dll. Saya akan berikan beberapa situasi untuk setiap bacaan shutter speed berbeza
1/1000- dibaca satu per seribu saat, ini adalah jumlah shutter speed yang tinggi dimana seringkali digunakan untuk mengambil gambar ‘freeze motion’ atau gambar kaku didalam pergerakan yang banyak seperti sukan. Untuk mengambil foto ‘freeze motion’ yang sempurna adalah disarankan untuk menetapkan nilai Shutter Speed anda 1/500 dan keatas. Namun dengan nilai shutter speed yg tinggi seperti 1/1000, jumlah cahaya yang akan memasuki ke sensor kamera anda adalah amat sedikit disebabkan detik pembukaan shutter yang amat pantas. Nilai yang tinggi disarankan hanya untuk outdoor shooting waktu pagi dimana terdapat sumber cahaya yang banyak.
1’-Dibaca dengan bacaan Satu saat, nilai shutter speed yang amat rendah seringkali digunakan didalam situasi atau keadaan bilik gelap/kurang sumber cahaya. Namun dengan nilai shutter speed yang rendah seperti ini akan menyebabkan foto anda menjadi kabur/blurry. Pengunaan Tripod amat disarankan jika mengunakan nilai shutter speed rendah bagi mengelakkan foto anda menjadi kabur. Ia berbeza pula jika objek itu bergerak kerana ia akan menghasilkan efek ‘motion blur’ dimana objek itu kelihatan seakan-akan bergerak. Jika anda dapat menguasai Shutter Speed anda boleh menghasilkan imej-imej yang hebat dengan efek motion blur.
3)ISO
-Definisi ISO adalah nilai kepekaan sensor kamera anda terhadap cahaya. Semakin tinggi nilai ISO anda maka lebih sensitif atau peka terhadap cahaya. Nilai-nilai ISO didalam kamera anda seringkali di gandakan pada 2kali nilai contoh 100, 200, 400, 800 ,1600, 3200 dan seterusnya. Namun nilai ini boleh di setkan secara detail pada DSLR Professional. Terdapat kelemahan pada pengunaan ISO ini iaitu Noise atau Grains. Ia bukanlah seperti sesuatu gangguan bunyi tetapi gangguan didalam foto seperti dot-dot kecil dan kekaburan jika foto itu di zoom lebih dekat. Noise akan lebih kelihatan pada nilai ISO yg tinggi, adalah disarankan untuk mengambil foto dengan mengunakan ISO serendah yang mungkin agar kualiti gambar yang diambil lebih tajam dan berkualiti. Tetapi ini bukan satu keharusan kerana ada situasi dimana anda perlu menaikkan nilai ISO anda lebih tinggi atas dasar kekurangan sumber cahaya.
Contoh gambar yang mempunyai noise yang amat ketara. Gambar ini diambil mengunakan ISO 12,800
Ini adalah asas-asas yang perlu diketahui sebelum mengendalikan kamera DSLR anda, dan seharusnya anda perlu mengelakkan menguna mode FULL AUTO dan lebih mengunakan mod-mod manual sperti P (programmed mode) A atau Av (Aperture Priority Mode) S atau Tv (Shutter Priority Mode) dan juga M (Full Manual). Bagaimana menetapkan nilai2 itu semua? itu akan kita bincangkan pada entri yang akan datang. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai topik di atas (stakat ni, cuma part ni je yg aku tau, yg lain2 tu aku belum belajar lg weyh) boleh tinggalkan komen untuk memberi sebarang pertanyaan. Bertemu lagi di post akan datang. Cheers =D
terbaek bro~ macam online free lesson jer.. thumbs up!
ReplyDeletehaha thanx bro, baru belajar sikit2 jer psal DSLR nih. aku tgk kat youtube xde lg tutorial bahase melayu so that's why aku try buat for spe2 yg tak paham english.
ReplyDeleteanyways rajin2 singgah blog sbb nnt aku akan update lg pasal DSLR tutorial nih. Thnx for reading dude =D