.:Follow me Okay DooDs:.

Thursday, November 17, 2011

Photoshop 101 Vol1: Cutting Your Images

Assalamualaikum. w.b.t

Alhamdulillah, seperti yang dijanji-janjikan akhirnya aku dapat juga curi sedikit sebahagian dari masa aku yang terluang ni untuk menulis sedikit cara-cara ataupun tutorial basic, cara mengendalikan software Adobe Photoshop ini. Mungkin sudah banyak tutorial-tutorial sebegini di website2 lain dan mungkin ramai yang sudah tahu teknik-teknik ini, namun tujuan saya menulis ini adalah untuk rakan-rakan yang masih lagi belum mahir ataupun tidak tahu langsung mengunakan software ini. Secara jujurnya, aku juga masih lagi dalam proses pembelajaran cara untuk mengendalikan software ini namun, aku anggap ini sebagai proses ulangkaji  supaya teknik-teknik ini aku dapat kekalkan dalam ingatan memori. Tanpa membuang masa mari kita teruskan ke proses tutorial pertama.



Dalam post ini saya akan mengajar anda cara memotong imej anda dengan sempurna tanpa cacat cela seperti yang sering dilakukan dalam software paint windows. Seringkali potongan imej yang di hasilkan pada software paint akan kelihatan 'jagged' pada penghujung atau sisi imej.

Jagged imej, kelihatan bergigi pada hujung imej.

Dalam software photoshop, ada cara untuk mengatasi masalah jagged imej. Okay, perkara pertama yang anda perlu ada ialah software Photoshop itu sendiri. Tak menjadi masalah anda menggunakan Versi yang ke berapa kerana tidak ada perbeza yang ketara pada setiap versi namun adalah disarankan anda mengunakan versi dari CS3 hingga ke CS5. 

Saya menggunakan Photoshop edisi CS3 kerana lebih ringgan digunakan pada laptop dan jarangkali melambatkan proses penghasilan imej. Buka software photoshop anda dan skrin komputer anda akan memaparkan windows seperti ini.

klik untuk zoom

Perkara seterusnya ialah, anda perlukan imej yang anda ingin potong dan pada tutorial ini saya akan mengunakan imej Myvi Ex baru ini (heh, minat juga pada Myvi baru ni, :P)


Perhatikan pada bahagian kiri skrin, toolbar sedia ada memaparkan pelbagai jenis tools/perkakas untuk anda gunakan pada imej-imej anda.


Pada tutorial kali ini kita hanya mengunakan Lasso Tool sahaja, bagi memudahkan tutorial ini kita tidak akan mengunakan tool lain. Banyak lagi tool-tools lain untuk memotong imej dan akan kita kupaskan pada tutorial akan datang. Klik pada imej gegelung ini dan cursor tetikus anda akan bertukar imej.


Jika anda klik dan tahan (hold click) akan terpapar window kecil menunjukkan beberapa lagi pecahan lasso tool. Itu akan kita bincangkan pada tutorial akan datang.
Cara menggunakan tool ini adalah sangat mudah, klik dan tahan (hold click) dan tarik cursor tetikus anda pada imej anda. Hasilkan ruangan pada imej yang anda ingin potong. Andai kata anda tersilap dan ingin memadam potongan tersebut, klik kanan dan window kecil akan keluar. Klik pada deselect dan potongan yang terhasil akan hilang. Dapatkan potongan yang anda inginkan dan garisan putus-putus akan terhasil pada pilihan yang anda telah lakukan.




Seterusnya kita hasilkan layer baru untuk latar belakang. Perhatikan pada window kanan photoshop. Pada layer window and klik pada imej kecil ini. Layer baru akan terhasil sejurus anda klik pada ikon tersebut.


Kemudian apa yang anda perlu lakukan ialah klik semula pada layer Myvi tadi kerana layar yang aktif sekarang adalah pada layer yang baru sahaja anda cipta sebentar tadi.

Klik pada layer myvi skali dan layer yang aktif sekarang adalah layer myvi.
Secara ringkasnya, penggunaan Photoshop ini terletak sepenuhnya pada kemahiran menggunakan layer. Ini akan saya bentangkan pada isu yang akan datang memandangkan pengunaan layer ini sangat penting dalam software photoshop dan juga software adobe yang lain. Seterusnya, apa yang anda perlu lakukan ialah klik kanan pada imej yang anda telah potong tadi dan windows kecil akan keluar.




Kemudian klik pada feather. Mengapa saya menyuruh anda mengunakan feather? Ini akan menghasilkan efek blur pada penghujung imej bergantung pada jumlah peratusan yang anda letak, dengan ini dapat mengurangkan lagi kesan jagged pada sisi imej yang sudah di potong.



Masukkan amaun yang di ingini, lagi banyak jumlah yang anda letak lagi besar efek yang akan terhasil. Pada tutorial ini saya hanya menggunakan nilai 15 sahaja. Klik OK dan anda akan nampak perubahan pada garisan putus-putus tadi seakan mengecil sedikit. Langkah seterusnya adalah paling penting.

Apa yang saya hendak anda semua lakukan ialah, pada papan kekunci anda tekan butang Ctrl+C. Ini akan mengaktifkan command "Copy" tanpa perlu menekan secara manual di task bar. Setelah anda menekan butang tadi ini bermakna gambar myvi yang sudah saya potong ini telah di copy/salinan baru. 

Kemudian setelah diCopy, anda tekan pula pada papan kekunci anda butang Ctrl+V. Ini akan mengaktifkan command "Paste" tanpa perlu menekan secara manual di task bar, sekali gus gambar yang telah di Copy tadi telah terpapar pada layer baru. Perhatikan pada window layer anda. 



Kelihatan di window layer anda telah terhasil layer baru. Pada paparan skrin anda masih lagi tidak kelihatan kerana gambar itu telah saling bertindih dengan gambar yang asal. Apa yang anda perlu lakukan ialah Klik pada icon Mata pada sisi kiri layer "Background"


Sejurus anda klik pada ikon mata tersebut, layer Background akan hilang serta merta. Jangan risau, layer tadi bukan hilang selamanya. Ia hanya di selindung dan tidak akan terpapar selagi anda tidak menekan semula ikon mata tadi.

Skrin anda akan memaparkan imej anda yang sudah di duplikat.


Ternyata jauh lebih baik dari awal tadi bukan? Efek blur ini dapat mengurangkan kesan jagged pada imej. Mungkin efek blur ini terlampau banyak bagi anda, apa yang anda perlu lakukan hanya perlu kurangkan nilai feather tadi pada nilai yang lebih rendah.

Seterusnya kita beralih kepada latarbelakang. Ingat lagi layer pertama yang kita hasilkan tadi? Klik pada layer 1 tadi untuk mengaktifkan nya.


Kemudian klik pada paint bucket tool.


Setelah anda klik pada ikon ini, kita klik pula pada icon Colour picker pada bahagian bawah toolbar.



Klik pada kotak teratas sekali dan window baru akan muncul pada tengah skrin. Disini and boleh memilih warna mengikut kehendak anda dan pada tutorial ini saya hanya mengunakan warna putih. Tarik petunjuk color picker tersebut dengan hold klik tetikus anda.


Anda sudah memilih warna kesukaan anda dan seterusnya kita akan warnakan latarbelakang kita yang kosong tadi. Klik pada mana-mana bahagian window kerja anda dan sekelip mata latar belakang yang kosong tadi telah bertukar warna.


Eh? mengapa skrin saya hanya memaparkan skrin putih sahaja? Mana perginya imej saya td? Tidak perlu khuatir kerana imej anda tadi telah ditindih dengan layer latarbelakang putih ini. Apa yang saya paparkan di atas adalah imej yang telah saya ubah kedudukan layer kedua-dua imej tersebut. Bagaimana hendak menukar kedudukan layer? Mudah sahaja.


Klik pada layer imej anda tadi, Klik dan tahan (hold click) kemudia tarik sahaja layer tersebut ke atas. Serta merta layer latarbelakang itu akan turun kebawah. Imej anda tadi akan muncul semula pada skrin.

Bagaimana? Mudah bukan? Ini adalah sedikit sebanyak cara untuk mencantikkan lagi imej yang dipotong. Banyak lagi tips-tips dan cara untuk memotong imej, akan saya ajarkan kepada anda semua pada post yang akan datang. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah berkaitan dengan langkah-langkah diatas anda boleh tinggalkan komen dan saya akan cuba terangkan semula kepada anda. Cara saya mengajar kurang efektif? Mungkin anda mempunyai beberapa cadangan untuk saya meningkatkan lagi cara penerangan saya dan InsyaAllah saya akan perbaiki kesilapan saya pada tutorial akan datang. Rasanya sampai disini sahaja post saya kali ini. Post yang akan datang saya akan mengajar anda semua teknik dan tip menggunakan layer secara efektif. Salam dan selamat mencuba. Happy Photoshope'ing :D

Tuesday, November 15, 2011

Cuti Semester Dh Nk Tamat. Yea!! :D

Assalamualaikum w.b.t

Okay kalau tgk pada last post dgn yang ini punya, memang terserlah sangat bahawa aku ni sangat pemalas nak update blog. Bukan ape, since cuti semester ni aku busy dengan kerja aku, yela start kerja pukul 8 pagi, pagi before pergi kerja tu aku kena hantar adik aku pegi sekolah since my dad kt KL so I have to do the job. Then after that aku kena hantar my mom pulak ke kerja then baru lah aku terus head ke tempat kerja aku kt JB sne. Balik kerja pulak pukul 5 petang, then rushing from JB to Kulai nk fetch my mom from work, redah jem lagi. sampai rumah otak dh jem. Kalau semangat kuat lagi ada la masa untuk bukak facebook kejap. Kalau x lepas maghrib je dh melayang. Sounds lot of work but pada aku tu dh jadi tanggungjawab aku dimana bapak aku dh pertanggungjawabkan tugas tu so I had to do it sincerely.
Anyways ari Sabtu ni aku akan kembali ke Shah Alam untuk meneruskan episod-episod baru aku disana. haha dah macam drama la pulak eh. Anyways time goes by so fast that I didnt realize aku sgt jarang update blog ni. Sorry for that  ~__~' gomennasai'

Other than that, I had to say cuti semester ni adalah yang paling terbaik yang x pernah aku lalui sebelum ni. Well aku sgt terkejut dengan result exam aku. Bukan nk kata apa, but Alhamdulillah syukur pada Allah, aku dapat jugak result yang slama ini aku impikan sejak aku blajar kt U since kt Dungun lagi. 
Walaupun bukan 4 flat tapi bagi aku ini dh ckup memadai dengan usaha aku yang tidak lah seberapa kuat. aku tetap bersyukur.

(Ekspresi masa tengok result exam. lol)

Bercerita tentang result ni ada something yang aku nk berkongsi dgn u guys.Secara jujurnya, aku nk cerita kt korang. Aku actually merupakan ex-UiTM student yg dh kne Kicked. Amazed? well some may have known, aku kena buang disebabkan oleh result exam aku yang terlampau teruk. Aku di buang pada semester 3 pengajian aku bermaksud aku dh membazirkan 1 tahun stengah dari hidup aku kt sana. Aku ambil course Banking Management kt sana. Secara jujur, itu bukan lah jurusan yang aku mohon, itu adalah pilihan yg dimana orang cakap tangkap muat. Actually mse permohonan UPU, aku dh buat silap pilihan. hampir semua jurusan yang aku pilih adalah komputer sains, memandangkan result fizik dgn kimia aku x memberansangkan so I guess itu lah punca aku xdapat mana2 IPTA. So it only left me with Polytech. Aku mohon seni video apetah. Tak ingat, then surat sampai rumah mengatakan aku dpat polytech BUT the problem is, aku dapat kat Politeknik Perlis which is SOO far away. Ahh, hati aku dh berbelah bahagi. Nak amik ke x nk. It was a tough time for me, memang orang cakap, ala time blajar tu tak kira la dapat jauh ke dekat ke yang penting kita niat nk belajar. Well for seriously that time memang aku dah nk amik dh politek tu but still aku fikir kos untuk pergi balik sana sumpah la mahal. It left me with such huge choice.

BUT, alhamdulillah I still got some ray of hope left for me. My mom punya kawan, said that he could help me with the first intake UiTM, kalau x aku kne tunggu batch rayuan. So without hesitation aku terus amik jer, but the catch is aku kne amik courses yang xde temuduga, such as accountancy, banking, bisness or whatsoever. So my mom bagi cadangan untuk amik banking. Then dua hari lepas tu aku dapat call dari pihak UiTM bahawa aku diterima untuk blajar kt UiTM Dungun Terengganu. Well first time aku dengar, what?? Terengganu??! ahh lantak la, janji bukan kt Perlis, Johor ke Ganu x de la jauh Johor Perlis. So without any hesitation aku terus la buat segala persiapan dari med checkup ke barang2 harian. Well skip to that part where I have to go through all that shits and stuffs, nk di pendek cerita aku tak boleh bawak course banking ni. 

Orang slalu kata minat tu boleh dipupuk bila dh start blaja nnt. Well aku pegang kata2 tu and cuba redah course ni dgn x de pape pengalaman langsung dengan subjek account. fyi, aku ni student sekolah teknik and aku amik course Electrical Engineering. Terkejut? jauh sgt EE dgn account? yeap aku x nk sambung EE cuz aku x hebat sgt dalam add math and calculus. So aku nk jujur ngan you guys semua yang result semester 1,2,3 aku semua sgt2 teruk. Simply said bawah 2. Aku tatau la otak aku ni yang lembab ker atau suasana blaja kt sana memang x best ker. Aku x nk salahkan spe2 but honestly I had to say Im Lonely there. though I had friends. A LOT. but, bila time study aku rasa sunyi. Mybe aku ramai kawan2 course lain dr course aku sendiri. Im not blamming anyone here. its just that maybe aku ni kurang bernasib baik la agaknye. heh. Bila di ingat balik time aku kt Dungun dulu tengok member2 aku dpat DL, aku sgt cemburu. Aku dengan 2 repeat subjek dari sem 1 sampai sem 3 x lepas2. Benggap sungguh kn aku ni. 3 kali repeat pn x lepas. Mungkin aku tertekan kt sana.

Masa dapat result sem 3 tu aku sangat tertekan. Yela, tulisnye kat situ anda di buang dari uitm. Manusia mana x depress bila dapat result camtu. Ditambah lagi dengan bebanan dari parents aku, aku time tu memang demotivated giler2. Macam hilang arah je hidup aku ni. tapi xde la sampai nk bunuh diri. Walaupun aku dibuang still my parents support aku, and even that time gf aku still lagi sokong aku walaupun dia tau aku ni dh kne kick dr uitm still dia masih lagi boleh terima aku. I really appreciate semua pihak yang bantu aku time tu. So aku duduk kt rumah for the whole one semester. tolong my dad dengan restoran dia. SO what did I do mase cuti tu? Aku ni jenis yang berdegil so aku pegi BSN beli lagi no pin untuk intake Diploma semester depan. Muka memang tatau malu betul, dh kena kick dari UiTM pn masih ade hati lagi nk mohon. SO this time aku berhati2 memilih jurusan yang betul2 aku minat so banana wont fruit two times. haha. Anyways aku mohon Seni Reka Seni Lukis since itu jela yang aku rasa boleh bawak and since aku punya Lukisan Kejuruteraan and Pendidikan Seni aku dapat A so why not. tunggu2, then aku kne panggil untuk temuduga. So skip la bahagian yang aku kne lukis tu semua bla2 bla2, pastu kne temuduga in personal knapa nk mohon art design, betul2 ke minat. Then after few weeks or so. Aku punya permohonan dapat. PEHH time tu memang aku happy tahap yang amat. sampai aku peluk mak aku, happy tak terkata. So sedikit sebanyak tu la sejarah dia how did I ended up being in UiTM Shah Alam now dengan Jurusan Printing Technology, Fakulti Seni Reka & Seni Lukis.

So sekarang aku dh boleh buktikan bahawa even ex kickers pun boleh dapat result yang bgus. and Alhamdulillah ternyata aku memang meminati jurusan yang aku ambil sekarang ni. Sekadar ingin berkongsi dengan pengalaman yang aku ade ni, nasihat aku pada budak2 SPM leavers yang akan memohon UPU nanti make sure korang mohon jurusan yang korang betul2 minat. Jangan gadaikan masa depan korang dengan jurusan yang korang masih lagi blur dan samar2. Kalau x korang mungkin akan terima nasib yang sama macam aku ni.



Anyways, ape yang aku ceritakan kat atas ni memang benar2 belaka dan bukan lah cerita rekaan semata2. and aku bukan lah nk menagih simpati dr korang melalui cerita aku ni. NO not at all, and if I do pn aku dh sambung blajar dh and already at semester 4. It will be another story kalau aku x dpat sambung blaja lagi. Betul x? : ) Papepun thanx u guys for taking a little of your time reading my post. InsyaAllah esok atau lusa aku akan update bahagian yang lain2 tu. Till the next post. Salam. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...