.:Follow me Okay DooDs:.

Sunday, June 12, 2011

PDT 213:Fotografi (Memahami butang dan Mode dial DSLR) Vol:2

Memahami butang dan Mode dial DSLR

Seperti yang dijanjikan, pada tutorial kali ini saya akan terangkan kepada anda bagaimana ingin menukarkan dari mod-mod yang terdapat pada DSLR anda dan juga bagaimana ingin menukarkan nilai-nilai seperti aperture, shutter speed dan juga ISO.

Sebagai permulaan, ini adalah screen pada DSLR yang akan memaparkan segala maklumat-maklumat tentang kamera anda.


Ini adalah contoh daripada Kamera SLR Canon, walaupun layout informasi untuk setiap jenama SLR berbeza namun format-format bacaan tidak akan lari dari apa yang dipaparkan pada gambar diatas.

Paparan pada Nikon D3100.

Memandangkan anda sudah menyesuaikan dan sudah mengenal pasti dimana nilai-nilai yang anda perlu peka dan perihatin setiapkali sesi pengambaran, kita akan teruskan ke mod dial kamera.



Ini adalah mod dial tipikal yang seringkali digunakan hampir pada setiap Kamera SLR yang berada dipasaran. Namun ada sedikit perbezaan pada jenama tertentu seperti Canon dimana tulisan pada mod dial mempunyai sedikit perbezaan.

Mod dial SLR Canon

Mod Dial model Nikon




Disini saya telah perincikan maksud-maksud bagi setiap mod pada mod dial ini. (Klik pada gambar untuk zoom)


Pada tutorial ini saya akan mengulaskan mod-mod iaitu M (Manual), A/Av (Aperture Priority), S/Tv (Shutter=Priority), dan juga P ( Programmed Mode). Bagaimana pula pada mod-mod yang lain? Kerana mod-mod tersebut telah dipreset/ diaturkan secara automatik untuk setiap scene mengikut kategori dari segi nilai aperture, shutter speed dan juga ISO. Untuk lebih mudah, mod-mod tersebut dicipta bagi memudahkan photographer untuk set mod yang diingini bagi setiap situasi tanpa perlu bersusah payah untuk set secara manual. Mengapa perlu adanya mod manual jika ada mod-mod ini untuk memudahkan kerja? Kerana ada situasi tertentu dimana gambar-gambar tertentu tidak dapat diambil /dirakam mengunakan mod-mod tersebut, ini akan saya terangkan pada post akan datang.


1) Programmed Mode/ Semi-Auto mode (P)



Ia dikenali sebagai mod 'programmed' atau mod Semi-Auto kerana hampir keseluruhan Nilai-nilai pada kamera anda telah disetkan secara automatik oleh CPU kamera. Namun didalam mod ini anda masih lagi boleh menukarkan nilai ISO dan juga menukar White Balance untuk memudahkan atau memberi kepelbagaian dalam mengambil gambar yang diingini. Mod ini selalu digunakan untuk mengambil/merakam gambar-gambar kasual dan santai dimana anda tidak perlu risau tentang aperture dan juga shutter speed anda. Didalam mod ini, flash kamera anda tidak akan aktif, anda perlu menekan secara manual pada butang flash yang terdapat pada kamera anda untuk mengaktifkannya.

 Butang flash

Secara keseluruhan, mod ini anda tidak perlu risau untuk menetapkan nilai-nilai aperture atau shutter speed anda kerana kamera anda telah menetapkan kesemuanya untuk anda. Ia hampir sama dengan mod full Auto namun ini adalah langkah pertama anda untuk keluar dari mod full Auto bagi memudahkan kefahaman anda dalam mengunakan mod DSLR anda.

2) Shutter Priority/ Keutamaan Kelajuan Rana (S/Tv)


Dikenali sebagai mod Shutter Priority/Keutamaan Kelajuan Rana, ia adalah mod dimana anda mengawal nilai Shutter Speed kamera anda. Secara mudah ia adalah mod dimana anda mengawal kelajuan Shutter kamera anda mengikut kehendak anda, mengikut situasi kedaaan sekeliling. Mod ini sesuai digunakan jika anda ingin merakamkan gambar yang sedang bergerak laju atau sentiasa bergerak(constant movement) untuk mendapatkan imej kaku. ataupun ingin merakamkan motion blur pada waktu malam. Didalam mod ini, nilai aperture anda telah disetkan oleh CPU kamera anda mengikut kesesuaian keadaan. Nilai lain seperti ISO dan White Balance, anda mempunyai kebebasan untuk menetapkan nilainya.

Secara keseluruhan mod ini digunakan pada situasi anda ingin menangkap imej yang sentiasa bergerak(constant movement) sama ada anda inginkan gambar kaku (Freeze Motion) ataupun efek pergerakan blur (Motion Blur). Anda tidak perlu khuatiri perihal nilai aperture anda kerana kamera anda telah menetapkan mengikut keadaan.


3) Apeture priority/Keutamaan Aperture(A/Av)









Dikenali sebagai mod Aperture priority/Keutamaan Aperture. Apa itu aperture? Seperti yang saya telah terangkan pada tutorial lepas, Aperture adalah pembukaan ruang pada lens kamera anda. Didalam mod ini anda telah diberi kebebasan untuk menetapkan nilai aperture kamera anda. Kebiasannya didalam mod ini digunakan untuk mengawal atau menguasai Depth of Field. Apa itu Depth of Field(DoP)? Secara ringkas, Depth of Field ialah jumlah objek yang didalam fokus kamera anda. Untuk memudahkan kefahaman anda, dibawah saya telah sediakan dua gambar berbeza.

F22
F5





Kedua-dua gambar diatas telah diambil mengunakan nilai aperture yang berbeza. Nilai aperture yang maximum (nilai sedikit) f5 telah mengakibatkan "shallow Depth of Field", ruang fokus menjadi kecil. Gambar mengunakan f5 diatas kelihatan fokus pada objek sahaja, manakala latarbelakang telah menjadi amat kabur. Efek ini dikenali juga sebagai "bokeh" oleh kebanyakan photographer. bokeh bermaksud blur atau kabur didalam bahasa Jepun dan telah diguna pakai sebagai terma popular dikalangan photographer.

Secara ringkasnya Aperture priority mod ini digunakan untuk menguasai DoF dan anda tidak perlu risau untuk menetapkan nilai Shutter Speed kamera anda kerana ia telah ditetapkan mengikut kesesuaian keadaan.


4) Manual mode (M)






Dikenali sebagai mod Manual, Ini adalah mod dimana kesemua nilai-nilai didalam kamera anda disetkan secara manual dari aperture, shutter speed hingga ke nilai ISO. Anda diberi kebebasan untuk mengawal sepenuhnya kamera anda untuk mendapatkan setting yang anda inginkan. Mod ini disarankan untuk memahami bagaimana kamera anda berfungsi dengan menetapkan nilai-nilai itu sendiri. Dengan cara ini anda akan memahami mengapa gambar ini gelap jika setkan Aperture and terlalu rendah seperti f22 atau shutter speed anda terlalu cepat seperti 1/200. Semua nilai ini berkait rapat dan seharusnya disetkan dengan betul untuk mendapatkan gambar yang sempurna.


Bagaimana hendak menetapkan nilai Aperture dan Shutter Speed?

Anda sudah mengetahui cara untuk menukarkan dari satu mod ke mod yang lain, dan bagaimana pula cara untuk menetapkan nilai-nilainya?



Ini adalah main dial/dial utama yang terdapat pada kamera anda. Di gunakan untuk menetukan nilai aperture, shutter speed kamera anda. Putarkan ke arah kanan untuk menambah nilai dan ke kiri untuk mengurangkan nilai. Secara keseluruhan dial utama ini digunkan untuk pelbagai kegunaan dan kemungkinan ia berbeza bagi setiap jenama SLR berlainan. 



Satu perkara yang anda harus ingati ialah apabila anda mengunakan mod manual, dial utama itu akan diguna untuk mengubah nilai shutter speed anda, dan jika anda hendak menukar nilai aperture anda harus menekan butang plus/minus (+/-) ev button pada masa yang sama memutarkan dial utama.


Ia mungkin berbeza bagi jenama SLR yang berlainan. Di sarankan anda melihat buku manual untuk rujukan lebih lanjut. EV button in juga digunakan untuk fungsi lain namun akan saya terangkan pada tutorial akan datang. 

Baiklah, anda telah sedikit sebanyak tahu tentang mod-mod yang ada pada kamera anda. Adalah digalakan untuk anda keluar dari mod Full Auto bagi memahami lebih lanjut bagaimana kamera anda berfungsi. Cara yang terbaik adalah 'trial and error' kerana dari pengalaman dapat menajamkan lagi ilmu anda tentang DSLR. Untuk tutorial akan datang saya akan terangkan pada anda tips-tips dan juga trick mengunakan mod-mod tersebut. Selamat Mencuba =D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...