.:Follow me Okay DooDs:.

Thursday, November 17, 2011

Photoshop 101 Vol1: Cutting Your Images

Assalamualaikum. w.b.t

Alhamdulillah, seperti yang dijanji-janjikan akhirnya aku dapat juga curi sedikit sebahagian dari masa aku yang terluang ni untuk menulis sedikit cara-cara ataupun tutorial basic, cara mengendalikan software Adobe Photoshop ini. Mungkin sudah banyak tutorial-tutorial sebegini di website2 lain dan mungkin ramai yang sudah tahu teknik-teknik ini, namun tujuan saya menulis ini adalah untuk rakan-rakan yang masih lagi belum mahir ataupun tidak tahu langsung mengunakan software ini. Secara jujurnya, aku juga masih lagi dalam proses pembelajaran cara untuk mengendalikan software ini namun, aku anggap ini sebagai proses ulangkaji  supaya teknik-teknik ini aku dapat kekalkan dalam ingatan memori. Tanpa membuang masa mari kita teruskan ke proses tutorial pertama.



Dalam post ini saya akan mengajar anda cara memotong imej anda dengan sempurna tanpa cacat cela seperti yang sering dilakukan dalam software paint windows. Seringkali potongan imej yang di hasilkan pada software paint akan kelihatan 'jagged' pada penghujung atau sisi imej.

Jagged imej, kelihatan bergigi pada hujung imej.

Dalam software photoshop, ada cara untuk mengatasi masalah jagged imej. Okay, perkara pertama yang anda perlu ada ialah software Photoshop itu sendiri. Tak menjadi masalah anda menggunakan Versi yang ke berapa kerana tidak ada perbeza yang ketara pada setiap versi namun adalah disarankan anda mengunakan versi dari CS3 hingga ke CS5. 

Saya menggunakan Photoshop edisi CS3 kerana lebih ringgan digunakan pada laptop dan jarangkali melambatkan proses penghasilan imej. Buka software photoshop anda dan skrin komputer anda akan memaparkan windows seperti ini.

klik untuk zoom

Perkara seterusnya ialah, anda perlukan imej yang anda ingin potong dan pada tutorial ini saya akan mengunakan imej Myvi Ex baru ini (heh, minat juga pada Myvi baru ni, :P)


Perhatikan pada bahagian kiri skrin, toolbar sedia ada memaparkan pelbagai jenis tools/perkakas untuk anda gunakan pada imej-imej anda.


Pada tutorial kali ini kita hanya mengunakan Lasso Tool sahaja, bagi memudahkan tutorial ini kita tidak akan mengunakan tool lain. Banyak lagi tool-tools lain untuk memotong imej dan akan kita kupaskan pada tutorial akan datang. Klik pada imej gegelung ini dan cursor tetikus anda akan bertukar imej.


Jika anda klik dan tahan (hold click) akan terpapar window kecil menunjukkan beberapa lagi pecahan lasso tool. Itu akan kita bincangkan pada tutorial akan datang.
Cara menggunakan tool ini adalah sangat mudah, klik dan tahan (hold click) dan tarik cursor tetikus anda pada imej anda. Hasilkan ruangan pada imej yang anda ingin potong. Andai kata anda tersilap dan ingin memadam potongan tersebut, klik kanan dan window kecil akan keluar. Klik pada deselect dan potongan yang terhasil akan hilang. Dapatkan potongan yang anda inginkan dan garisan putus-putus akan terhasil pada pilihan yang anda telah lakukan.




Seterusnya kita hasilkan layer baru untuk latar belakang. Perhatikan pada window kanan photoshop. Pada layer window and klik pada imej kecil ini. Layer baru akan terhasil sejurus anda klik pada ikon tersebut.


Kemudian apa yang anda perlu lakukan ialah klik semula pada layer Myvi tadi kerana layar yang aktif sekarang adalah pada layer yang baru sahaja anda cipta sebentar tadi.

Klik pada layer myvi skali dan layer yang aktif sekarang adalah layer myvi.
Secara ringkasnya, penggunaan Photoshop ini terletak sepenuhnya pada kemahiran menggunakan layer. Ini akan saya bentangkan pada isu yang akan datang memandangkan pengunaan layer ini sangat penting dalam software photoshop dan juga software adobe yang lain. Seterusnya, apa yang anda perlu lakukan ialah klik kanan pada imej yang anda telah potong tadi dan windows kecil akan keluar.




Kemudian klik pada feather. Mengapa saya menyuruh anda mengunakan feather? Ini akan menghasilkan efek blur pada penghujung imej bergantung pada jumlah peratusan yang anda letak, dengan ini dapat mengurangkan lagi kesan jagged pada sisi imej yang sudah di potong.



Masukkan amaun yang di ingini, lagi banyak jumlah yang anda letak lagi besar efek yang akan terhasil. Pada tutorial ini saya hanya menggunakan nilai 15 sahaja. Klik OK dan anda akan nampak perubahan pada garisan putus-putus tadi seakan mengecil sedikit. Langkah seterusnya adalah paling penting.

Apa yang saya hendak anda semua lakukan ialah, pada papan kekunci anda tekan butang Ctrl+C. Ini akan mengaktifkan command "Copy" tanpa perlu menekan secara manual di task bar. Setelah anda menekan butang tadi ini bermakna gambar myvi yang sudah saya potong ini telah di copy/salinan baru. 

Kemudian setelah diCopy, anda tekan pula pada papan kekunci anda butang Ctrl+V. Ini akan mengaktifkan command "Paste" tanpa perlu menekan secara manual di task bar, sekali gus gambar yang telah di Copy tadi telah terpapar pada layer baru. Perhatikan pada window layer anda. 



Kelihatan di window layer anda telah terhasil layer baru. Pada paparan skrin anda masih lagi tidak kelihatan kerana gambar itu telah saling bertindih dengan gambar yang asal. Apa yang anda perlu lakukan ialah Klik pada icon Mata pada sisi kiri layer "Background"


Sejurus anda klik pada ikon mata tersebut, layer Background akan hilang serta merta. Jangan risau, layer tadi bukan hilang selamanya. Ia hanya di selindung dan tidak akan terpapar selagi anda tidak menekan semula ikon mata tadi.

Skrin anda akan memaparkan imej anda yang sudah di duplikat.


Ternyata jauh lebih baik dari awal tadi bukan? Efek blur ini dapat mengurangkan kesan jagged pada imej. Mungkin efek blur ini terlampau banyak bagi anda, apa yang anda perlu lakukan hanya perlu kurangkan nilai feather tadi pada nilai yang lebih rendah.

Seterusnya kita beralih kepada latarbelakang. Ingat lagi layer pertama yang kita hasilkan tadi? Klik pada layer 1 tadi untuk mengaktifkan nya.


Kemudian klik pada paint bucket tool.


Setelah anda klik pada ikon ini, kita klik pula pada icon Colour picker pada bahagian bawah toolbar.



Klik pada kotak teratas sekali dan window baru akan muncul pada tengah skrin. Disini and boleh memilih warna mengikut kehendak anda dan pada tutorial ini saya hanya mengunakan warna putih. Tarik petunjuk color picker tersebut dengan hold klik tetikus anda.


Anda sudah memilih warna kesukaan anda dan seterusnya kita akan warnakan latarbelakang kita yang kosong tadi. Klik pada mana-mana bahagian window kerja anda dan sekelip mata latar belakang yang kosong tadi telah bertukar warna.


Eh? mengapa skrin saya hanya memaparkan skrin putih sahaja? Mana perginya imej saya td? Tidak perlu khuatir kerana imej anda tadi telah ditindih dengan layer latarbelakang putih ini. Apa yang saya paparkan di atas adalah imej yang telah saya ubah kedudukan layer kedua-dua imej tersebut. Bagaimana hendak menukar kedudukan layer? Mudah sahaja.


Klik pada layer imej anda tadi, Klik dan tahan (hold click) kemudia tarik sahaja layer tersebut ke atas. Serta merta layer latarbelakang itu akan turun kebawah. Imej anda tadi akan muncul semula pada skrin.

Bagaimana? Mudah bukan? Ini adalah sedikit sebanyak cara untuk mencantikkan lagi imej yang dipotong. Banyak lagi tips-tips dan cara untuk memotong imej, akan saya ajarkan kepada anda semua pada post yang akan datang. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah berkaitan dengan langkah-langkah diatas anda boleh tinggalkan komen dan saya akan cuba terangkan semula kepada anda. Cara saya mengajar kurang efektif? Mungkin anda mempunyai beberapa cadangan untuk saya meningkatkan lagi cara penerangan saya dan InsyaAllah saya akan perbaiki kesilapan saya pada tutorial akan datang. Rasanya sampai disini sahaja post saya kali ini. Post yang akan datang saya akan mengajar anda semua teknik dan tip menggunakan layer secara efektif. Salam dan selamat mencuba. Happy Photoshope'ing :D

Tuesday, November 15, 2011

Cuti Semester Dh Nk Tamat. Yea!! :D

Assalamualaikum w.b.t

Okay kalau tgk pada last post dgn yang ini punya, memang terserlah sangat bahawa aku ni sangat pemalas nak update blog. Bukan ape, since cuti semester ni aku busy dengan kerja aku, yela start kerja pukul 8 pagi, pagi before pergi kerja tu aku kena hantar adik aku pegi sekolah since my dad kt KL so I have to do the job. Then after that aku kena hantar my mom pulak ke kerja then baru lah aku terus head ke tempat kerja aku kt JB sne. Balik kerja pulak pukul 5 petang, then rushing from JB to Kulai nk fetch my mom from work, redah jem lagi. sampai rumah otak dh jem. Kalau semangat kuat lagi ada la masa untuk bukak facebook kejap. Kalau x lepas maghrib je dh melayang. Sounds lot of work but pada aku tu dh jadi tanggungjawab aku dimana bapak aku dh pertanggungjawabkan tugas tu so I had to do it sincerely.
Anyways ari Sabtu ni aku akan kembali ke Shah Alam untuk meneruskan episod-episod baru aku disana. haha dah macam drama la pulak eh. Anyways time goes by so fast that I didnt realize aku sgt jarang update blog ni. Sorry for that  ~__~' gomennasai'

Other than that, I had to say cuti semester ni adalah yang paling terbaik yang x pernah aku lalui sebelum ni. Well aku sgt terkejut dengan result exam aku. Bukan nk kata apa, but Alhamdulillah syukur pada Allah, aku dapat jugak result yang slama ini aku impikan sejak aku blajar kt U since kt Dungun lagi. 
Walaupun bukan 4 flat tapi bagi aku ini dh ckup memadai dengan usaha aku yang tidak lah seberapa kuat. aku tetap bersyukur.

(Ekspresi masa tengok result exam. lol)

Bercerita tentang result ni ada something yang aku nk berkongsi dgn u guys.Secara jujurnya, aku nk cerita kt korang. Aku actually merupakan ex-UiTM student yg dh kne Kicked. Amazed? well some may have known, aku kena buang disebabkan oleh result exam aku yang terlampau teruk. Aku di buang pada semester 3 pengajian aku bermaksud aku dh membazirkan 1 tahun stengah dari hidup aku kt sana. Aku ambil course Banking Management kt sana. Secara jujur, itu bukan lah jurusan yang aku mohon, itu adalah pilihan yg dimana orang cakap tangkap muat. Actually mse permohonan UPU, aku dh buat silap pilihan. hampir semua jurusan yang aku pilih adalah komputer sains, memandangkan result fizik dgn kimia aku x memberansangkan so I guess itu lah punca aku xdapat mana2 IPTA. So it only left me with Polytech. Aku mohon seni video apetah. Tak ingat, then surat sampai rumah mengatakan aku dpat polytech BUT the problem is, aku dapat kat Politeknik Perlis which is SOO far away. Ahh, hati aku dh berbelah bahagi. Nak amik ke x nk. It was a tough time for me, memang orang cakap, ala time blajar tu tak kira la dapat jauh ke dekat ke yang penting kita niat nk belajar. Well for seriously that time memang aku dah nk amik dh politek tu but still aku fikir kos untuk pergi balik sana sumpah la mahal. It left me with such huge choice.

BUT, alhamdulillah I still got some ray of hope left for me. My mom punya kawan, said that he could help me with the first intake UiTM, kalau x aku kne tunggu batch rayuan. So without hesitation aku terus amik jer, but the catch is aku kne amik courses yang xde temuduga, such as accountancy, banking, bisness or whatsoever. So my mom bagi cadangan untuk amik banking. Then dua hari lepas tu aku dapat call dari pihak UiTM bahawa aku diterima untuk blajar kt UiTM Dungun Terengganu. Well first time aku dengar, what?? Terengganu??! ahh lantak la, janji bukan kt Perlis, Johor ke Ganu x de la jauh Johor Perlis. So without any hesitation aku terus la buat segala persiapan dari med checkup ke barang2 harian. Well skip to that part where I have to go through all that shits and stuffs, nk di pendek cerita aku tak boleh bawak course banking ni. 

Orang slalu kata minat tu boleh dipupuk bila dh start blaja nnt. Well aku pegang kata2 tu and cuba redah course ni dgn x de pape pengalaman langsung dengan subjek account. fyi, aku ni student sekolah teknik and aku amik course Electrical Engineering. Terkejut? jauh sgt EE dgn account? yeap aku x nk sambung EE cuz aku x hebat sgt dalam add math and calculus. So aku nk jujur ngan you guys semua yang result semester 1,2,3 aku semua sgt2 teruk. Simply said bawah 2. Aku tatau la otak aku ni yang lembab ker atau suasana blaja kt sana memang x best ker. Aku x nk salahkan spe2 but honestly I had to say Im Lonely there. though I had friends. A LOT. but, bila time study aku rasa sunyi. Mybe aku ramai kawan2 course lain dr course aku sendiri. Im not blamming anyone here. its just that maybe aku ni kurang bernasib baik la agaknye. heh. Bila di ingat balik time aku kt Dungun dulu tengok member2 aku dpat DL, aku sgt cemburu. Aku dengan 2 repeat subjek dari sem 1 sampai sem 3 x lepas2. Benggap sungguh kn aku ni. 3 kali repeat pn x lepas. Mungkin aku tertekan kt sana.

Masa dapat result sem 3 tu aku sangat tertekan. Yela, tulisnye kat situ anda di buang dari uitm. Manusia mana x depress bila dapat result camtu. Ditambah lagi dengan bebanan dari parents aku, aku time tu memang demotivated giler2. Macam hilang arah je hidup aku ni. tapi xde la sampai nk bunuh diri. Walaupun aku dibuang still my parents support aku, and even that time gf aku still lagi sokong aku walaupun dia tau aku ni dh kne kick dr uitm still dia masih lagi boleh terima aku. I really appreciate semua pihak yang bantu aku time tu. So aku duduk kt rumah for the whole one semester. tolong my dad dengan restoran dia. SO what did I do mase cuti tu? Aku ni jenis yang berdegil so aku pegi BSN beli lagi no pin untuk intake Diploma semester depan. Muka memang tatau malu betul, dh kena kick dari UiTM pn masih ade hati lagi nk mohon. SO this time aku berhati2 memilih jurusan yang betul2 aku minat so banana wont fruit two times. haha. Anyways aku mohon Seni Reka Seni Lukis since itu jela yang aku rasa boleh bawak and since aku punya Lukisan Kejuruteraan and Pendidikan Seni aku dapat A so why not. tunggu2, then aku kne panggil untuk temuduga. So skip la bahagian yang aku kne lukis tu semua bla2 bla2, pastu kne temuduga in personal knapa nk mohon art design, betul2 ke minat. Then after few weeks or so. Aku punya permohonan dapat. PEHH time tu memang aku happy tahap yang amat. sampai aku peluk mak aku, happy tak terkata. So sedikit sebanyak tu la sejarah dia how did I ended up being in UiTM Shah Alam now dengan Jurusan Printing Technology, Fakulti Seni Reka & Seni Lukis.

So sekarang aku dh boleh buktikan bahawa even ex kickers pun boleh dapat result yang bgus. and Alhamdulillah ternyata aku memang meminati jurusan yang aku ambil sekarang ni. Sekadar ingin berkongsi dengan pengalaman yang aku ade ni, nasihat aku pada budak2 SPM leavers yang akan memohon UPU nanti make sure korang mohon jurusan yang korang betul2 minat. Jangan gadaikan masa depan korang dengan jurusan yang korang masih lagi blur dan samar2. Kalau x korang mungkin akan terima nasib yang sama macam aku ni.



Anyways, ape yang aku ceritakan kat atas ni memang benar2 belaka dan bukan lah cerita rekaan semata2. and aku bukan lah nk menagih simpati dr korang melalui cerita aku ni. NO not at all, and if I do pn aku dh sambung blajar dh and already at semester 4. It will be another story kalau aku x dpat sambung blaja lagi. Betul x? : ) Papepun thanx u guys for taking a little of your time reading my post. InsyaAllah esok atau lusa aku akan update bahagian yang lain2 tu. Till the next post. Salam. :D

Tuesday, October 25, 2011

Cuti Pun Busy Jugak ke? :)

Assalamualaikum. 

Firstly aku nk ucapkan ribuan terima kasih kepada anda2 semua yang sudi menjenguk blog aku ni yang x seberapa nk popular and kebanyakannya isi kandungan yang merapu je. Sekadar nak berkongsi and kalau anda x suka apa yang ditulis dalam blog ni harap minta maaf banyak2 la yeh. lol. Aku dah lama x update blog pun sebab busy. Ada masa untuk internet tapi bukan untuk blogging. cuti pun busy ker? haha biasa la kalau dh jadi orang penting kt rumah ni kan. banyak kerja nk buat.

Alhamdulillah sekarang aku tengah cuti semester, dalam sebulan lebih jugak lamanya. Banyak jugak benda berlaku time cuti sem nih. and antara yang paling best bagi aku adalah, ayah aku dapat kerja baru. setelah hampir sebulan menganggur dirumah. Alhamdulillah berkat usaha dengan doa dia dapat jugak diterima kerja tempat baru. But the problem is, ayah aku dapat kerja dekat KL sana. sangat jauh. and dia terpaksa la meninggalkan kami di sini demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga. and sekarang ni dia tengah kursus di Bangkok sana. Dalam minggu depan dia balik semula ke Malaysia. Kemungkinan besar kami akan berpindah ke tempat baru. Mungkin ke Selangor, rasa janggal dan sebak pun ade. Kami dh menetap di johor hampir 21 tahun lamanya and bila terpaksa untuk pindah bukan la satu pilihan yang mudah bagi kami untuk menerimanya. Apa pun kami masih lagi menunggu keputusan dari ayah. Bila dia pulang dari Bangkok nanti kami akan berbincang sama ada pindah atau pun tidak.

Secondly, aku tengah bekerja dengan uncle aku. Kilang bungkus otak-otak. Memandangkan aku cuti lama, dekat sebulan so daripada tak buat apa2 kt rumah aku cari duit kocek untuk menampung kos hidup aku kt sana nanti. X de la menyusahkan mak aku sgt nnt nk bagi duit. Kerja pun okay la, x penat pun. juz duduk and bungkus otak-otak tu pakai daun pisang. Well aku akui memang bosan n sangat mengantuk sebab duduk jer. Dh la aircond so memang mata layu jer bila wat kerja. Tapi papepun aku suka kerja ni, x penat macam kerja kt McD or KFC. Gaji pun aku x kisah sgt pn. Niat aku kerja dgn uncle aku pn sebab nk bantu perniagaan dia. Alhamdulillah order pun sekarang makin banyak. Hurm korang mesti ingat ni otak-otak biasa yang korang makan tu kan. Well uncle aku punya otak-otak lain dari yg lain sebab di buat 100% dari daging ayam. Otak-otak yang korang makan tu 100% daripada kisaran ikan. So ade perbezaan rasa disitu. Kalau korang berminat nak mencuba merasa atau pun berminat nk jadi rakan niaga korang boleh la check kt page FB diorang.



Ni lah dia rupa otak-otak tu. owh btw nama produk ni D'pepes. Sounds a little awkward but that is the name they wanted so I guess its cool though.



Ni keratan akhbar dari metro. Well d'pepes ni masih baru lagi dalam pasaran tu yang korang x pernah dengarkn pasal makanan ni.

Papepun aku nk minta maaf atas kelambatan aku nk mengupdate bahagian2 lain tu. and aku ade janji nk buat tutorial pasal pengunaan Photoshop. InsyaAllah aku akan cari masa yang sesuai nnt aku akan buat tutorial cara mengunakan photoshop. Anyways thanks for reading peeps. Till the next post. :D

Monday, October 10, 2011

WHAT DOES AN ART STUDENT DO??: VER 0.7

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan pada Ver0.6, I will be posting up about one of my favorite assignment this semester, which was also one of the major subjects, it was labeled with the code of PDT212: CREATIVE N MULTIMEDIA IMAGING. This subject mainly revolves with using computer softwares which is Adobe Photoshop and Macromedia Director. and we need to make a flash based slides of any subject relevant. I decided to do about DSLR camera since Im so hyped in finding information about these things. 

Softwares that Ive been using for this assingment is

Adobe Photoshop




As we all usually sees in the webs and internet, there are lots of flash based program and we didnt really know how it was made. So after I learned doing this thing, I know it is not easy and it took alot of works and consideration in making one of these. A lot of heavy picture editting, alot of picture snapping and some few sleepless nights trying to finish this assignment on time. How long did it took me? Nearly 2~3 months due. IS it really that long?? YES it is, bcuz first of all u need to design EVERY pages separately via Photoshop and MUST not FLATTEN the images as every bits of button and details are considered moving when transferring them to the Director. 

Confused? Maybe some illustrations will make things more clearer.


This is my first page design for the slide. as you all can see that I have used multiple numbers of images and done some editing to them, which was the first step. After finishing and transfer images to Director, first off you must not save as JPEG format or flatten the image as it will be the whole lot if you transfer it directly to Director later. What to do? Save all of those important which stuffs like button or images that you want to make them move in a different file.

  

Look at the right side bar of your screen where your LAYER window is situated. Notice the EYE icon at every item. you need to click them once so it wont be visible. This is very useful when u want to see a different images that were overlapping or want to save images in separate files. Click at the items/layers that you dont want to include including the background layer.


as you all can see from the image above, I have closed all the layers that I dont want to include which only leaves this ENTER button. after that click on FILE>SAVE AS. Make sure that you are saving in PSD format as it will affect how it appears in Director later. If you save it n JPEG, the button/image will have a white background if you add it in Director later on.


Owh and another quick tip, make sure that you create a new folder for these page so it wont scatter off and messes up your working process.

So the next process is transferring all your files to Director.


Interface of the Micromedia Director. So first of, you need to import all your saved files from the photoshop. So how to do it? Click at FILE>IMPORT. Find your file source and you can multiple choose your files by holding ctrl button while clicking.


Click at ADD first then IMPORT to transfer the files.
Note that you can transfer multiple number of files together in one go.



All the files that have been transfered will be visible at the boxes below the timeline bar. Decide which files to be placed first as the the layer on top will be one at the most behind layer among others. SO as an example I will place the background at the top line after the Canon layer.


So at the display window, the background image will rest behind the canon image as it was the most top layer in the timeline. So that is the brief explaination about the layers in Director. 


At the time line bar, you can edit for how long the images will appear, just click and drag the bar for as long as you please. After you have placed all your desired layers and images, it is time to give it a test run by click the play button at the top bar.

The Play button

All the images and layers will be viewed here at the stage window

So I guess that covers up a little brief explaination and a little tutorial of using Macromedia Director. If you guys like me to post up a full tutorial of using Director then comment a request tutorial at this post later. So continue on my story, after 3 months of tiring nights with heavy picture editing and designing, I have finally compiled up to a total of 30 pages with some heavy animations in Director. I had to say that all my hard work paid of and Hopefully Im gonna get an A for this assignment. :D

After finishing all my softcopy stuffs it is on to Hardcopy items. I need to design a DVD cover for this software. 

Front View

Back view






I also need to print out my hardcopy of timeline that I made using Adobe Illustrator. Its a must during the presentation as to explain what comes next and what to explain on the current slide. 

The timeline board.

So here comes the best part. You must mesti nk tengok my final work rite? and so I had the time to record my Flash with some recording software so that you guys can have a look at it. to bad I cant publish it online cuz I had some errors with my files here. So there you have it.







So what do you guys think? Though Im still far away from being perfect or a Graphic Designer bcuz I still have a lot to learn. Anyways dont forget to rate, and as I said before If u guys want to do some tutorials just request em and I'll see what I can do. Anyways thats all for todays post. Till the next installment doods. Cheers :D

Sunday, October 9, 2011

Jom Cari Follower

Assalamualaikum w.b.t

Jam tepat menunjukan waktu 3.40am dan aku masih lagi dihadapan laptop sibuk dengan software photoshop dengan MMO games aku ni. Nak update blog tapi mood untuk menulis tak datang lagi so jejalan kt blog orang and turn out I found this segment in his blog which is kinda nice bcuz it is great way to know each other among us bloggers. And I was thinking to join too, U guys should join in too cuz the closing date is 11/10 at 10pm. 


If u guys wanna join in just click at the banner above. 
Anyways I am working on my next post of What Does An Art Student Do section and a little something on a new section I will add-up soon. So stay tuned doods! =D

Friday, October 7, 2011

The End of Semester 3. Time goes by so fast. :(

Assalamualaikum...

Setelah melalui minggu peperiksaan yang begitu memenatkan, well x de la penat mana sebab 3 paper je pn sem ni saja wat gempak. haha =P. anyways seperti biasa sebelum kitorang blah dari Shah Alam after final paper kitorang akan meraikan nye dengan menghangout kan diri kt tempat2 cool. I had to say that exam sem ni serius rileks gila, dh la cuma 3 paper pastu gap dia jauh tahap dewa. Apa lagi, foya sakan la. Tapi dalam foya2 pn still lagi buku dlam tangan. Kalau boleh sem ni nk dapat Dekan la katanye. amiinnn. harap2 yg lagi 6 subjek yg lain tu dapat A la hendaknye. 

Pape pn aku just nak summarize kan event2 penting yang kitorang dh lalui sepanjang semester 3 ni antaranya.

Firstly seperti biasa the three of us (Me, Afiq & Alypx) akan mencari rumah sewa. We decided untuk keluar dari rumah sewa yg lama sebab terlalu mahal and accommodation dia tersangat la x best. Rumah kotor plus ade krisis sikit dengan tuan rumah. So malas nk besar citer kitorang chiao dulu. and Alhamdullilah sem ni kitorang dpat sewa bilik, cuma RM 300 jer so after bhagi 3 sorang juz bayar RM100 jer. Okay la tu dari sewa satu rumah lagi mahal kn.


Tadaaahh, ni la rumah sewaku .


Okay la untuk duduk 3 orang. X de la sempit sangat. 


Kedua, Tahun ni pada aku agak best disebabkan oleh subjek photography yg aku kne ambil sem ni. Which means Ive got a present from my parents which is a DSLR camera. Well as before I would never taught I will be caught up in this kind of hobby, bcuz since I was a child I never ever had a slight interest in taking photos. and now, I feel like Im a camera geek. Asal nampak kedai kamera jer mesti usha2 Lens, Speedlite kadang2 tu tgk Kamera model2 baru. Seriusly aku masih lagi noob dalam bidang ni. Masih lagi belajar and mostly blajar sendiri dari buku2 and internet. Kalau nk wat freelance tu pn masih belum capai tahap tu lg.



Thirdly, Sem ni adalah semester paling busy wat aku and kengkawanku yang lain sebab bayangkan 9 subjek and 5 subjek adalah dari carry marks on class means no final exam. Markah adalah sepenuhnya dari projek2 akhir yang kitorang dh buat.

1) PDT212 CREATIVE N DIGITAL IMAGING




Subjek ni adalah subjek multimedia, means that aku kena buat satu flash multimedia programme for this course. and I decided to make a flash about DSLR camera. aku akan update bahagian ni pada section What does an art student do ver 0.7 nnt.

2) PDT213 PHOTOGRAPHY

untuk subjek ni kitorang kena banyak photoshot luar, outting amik gambar. Mostly tajuk2 yang kitorang kne ambil mcm architecture, Still Life, Close ups, Night Scenery. and untuk projek akhir kitorang kne buat PhotoPage. Gambar-gambar yang aku rasa cantik akan aku upload kt bahagian album DSLR aku nnt.

Photopage final aku. =)


3)PDT 214 PRINT MEDIA AND PRODUCT DESIGN


Subjek ni kitorang kena design packaging sendiri. Aku dh ulaskan bahagian ni kt post lepas. Check link ni
http://zulfathiaqmar.blogspot.com/2011/10/what-does-art-student-do-ver-06.html

4)PDT210 INTERMEDIATE OFFSET LITHOGRAPHY

Untuk subjek ni kitorang kena belajar secara praktikal kt bengkel printing. Kenali bahagian-bahagian and fungsi2 yg ade kt mesin cetak offset tu. Basicly sem ni kitorang x start lagi kendali mesin tu, just pengenalan je. Maybe start sem depan kitorang akan kendalikan mesin offset tu.

Mesin Cetak Offset Heidelberg


5)EAD211 TYPOGRAPHY

Actually aku paling suka subjek ni disebabkan oleh ia ada kaitan dengan desktop publishing and magazine. TAPI oleh kerana kitorang punya kelas ade masalah dengan course registration untuk subjek ni maka kelas kitorang start lambat. Lambat sikit takpe ni lambat hampir 5 minggu. so bayangkan brape byk kitorang kena catch-up balik. Semangat tu macam kurang sikit sebab kena push dengan lecturer tu kaw2 punya. Dah la cerewet habis tapi aku paham dalam bisnes desktop publishing tu memang cerewet sikit tapi rse2 mcm lebih pn ade gak sebab kitorang still student lg. ~__~ Maaf la aku x sempat nk ambil gambar-gambar untuk project Typography aku sebab terlalu kelam kabut nk kejar Dateline assignment. Antara contoh kerja-kerja yang kitorang kena buat design typeface, design masthead, cover magazine and editorial page. untuk course ni kitorang guna fully hand-based and x guna sebarang software pn.

Contoh design Masthead. BUkan aku punya. :)

Contoh anatomi muka depan majalah.



Yang ke empat, Semester ini aku n geng2 aku kena uruskan programme yang bagi kitorang agak besar la jugak. Programme induksi and pemantapan pelajar dekat Kem Dusun Eco Park Pahang khas untuk pelajar2 Diploma Teknologi Percetakan. Aku juz jadi bahagian multimedia jer, member2 aku yang lain handle bahagian2 yg best2. 




Antara snapshot2 semasa program tu berjalan. 

Dari kiri Shah, alypx, Afiq

Dari kiri Ikin, Myra, Auni

Yang baju merah kt tgh tu lecturer photography ye. LoL 

Sebelum masuk hutan
Bergambar sebelum balik.


Well aku rase tu je kot event2 yang penting untuk semester ini. Ouh and seblum balik kitorang sambut birthday besfren kitorang ni. Afiq Marzuki. Walaupun x sehebat mane ini takat yang kitorang mampu. anyways moga panjang umur. =D

Star of the Show


Happy Birthday Marshmellow. lol


Emo gila mamat blakang tu. Besday boy rilek jer.. haha


Dari kiri, Auni, Ikin, Asma',Nas, Me, Afiq, Alypx, Kuri2.

Dengan ini berakhirlah semester 3 kami di UiTM Shah Alam ini. Hopefully semester depan akan lebih baik dari yang lepas2 and the best part is aku dpat kawan2 yang baik2 macam diorang ni. Sampai bila2 pun aku x kan lupakan korang. anyways till the next post peeps. Cheers. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...